Saya sebatang berus gigi. Nama saya ialah Oral-B. Saya berwarna putih and unggu. Badan saya diperbuat dari plastik dan getah dan berus saya diperbuat dari sintetik. Saya tinggal di dalam sebuah kotak dan dipamerkan di pasar raya di Malaysia bersama 2 kawan saya yang berwarna merah jambu dan satu lagi yang berwarna hijau.
Pada suatu hari, seorang gadis membeli kami dengan harga RM 9.90. Beliau membawa kami ke rumahnya di Australia. Beliau memberi saya kepada seorang lelaki yang kemudian menjadi tuan saya manakala beliau menguna kawan saya yang berwarna merah jambu.
Tuan saya selalu mengunakan saya apabila beliau tinggal di rumah temannya. Saya berasa sangat gembira apabila tuan saya dan temannya melawat kami kerana mereka selalu bergurau ketika mereka mengosok gigi. Oleh itu, saya selalu tidak sabar menanti lawatan tuan saya setiap malam.
Setelah satu jangka masa yang lama, tuan saya tidak melawat saya. Kawan saya memberitahu saya bahawa tuan saya tidak akan melawat saya lagi kerana beliau telah pulang ke Malaysia.
Kini, saya menetap di dalam cawan bersama kawan saya. Saya berasa sedikit iri hati apabila kawan saya dilawati tuannya. Tidak lama lagi, saya akan dibuang ke dalam tong sampah. Saya berharap dapat mengucap selamat tinggal kepada tuan saya sebelum saya dibuang. Saya berasa sangat sedih namun saya bangga kerana pernah berjasa kepada tuan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

7 comments:
omgosh...its like std 3 essay with a hidden meaning../sigh
yea..initially i thought eh u found a kanak-kanak karangan wanted to share with us..but in actual fact, like hm said, got hidden meaning..dont worry car, everything will be alright... :)
omg. omg. omg.dunno to laugh or cry.
wah hebat!
=P
jangan buang mah....mungkin tuan-nya akan balik leh...
ataupun guna cuci basin pun bagus juga ;)
hm
Post a Comment